Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, July 16, 2011

Aguinaldo, Emilio

Emilio Aguinaldo (1869-1964), First President of Philippine Republic.



Aguinaldo, Emilio (1869-1964) ialah pemimpin penting dalam perjuangan Filipina menentang pemerintahan penjajah Sepanyol dari 1897 hingga tahun 1901.

Aguinaldo lahir berhampiran Cavite, Luzon. Pada tahun 1895, dia menyertai persatuan revolusi rahsia KAPITUNAN. dia dilantik menjadi presiden kerajaan revolusi anti-Sepanyol pada bulan Mac 1897. setelah menemui jalan buntu dalam peperangan menentang Sepanyol, dia melarikan diri ke King Kong Hong Kong lalu cuba membeli senjata untuk meneruskan perjuangannya.

Pada bulan Mei 1898, Aguinaldo kembali ke Filipina. dia membentuk pasukan tentera Filipina untuk membantu tentera Amerika dalam perang Sepanyol-Amerika. pada 12 Jun 1898, Filipina mengisytiharkan kemerdekaan dan membentuk republik sementara dengan Aguinaldo sebagai presidennya. dalam perjanjian yang ditandatangani pada bulan Disember 1898, Amerika Syarikat mengambil Filipina daripada Sepanyol. Aguinaldo percaya bahawa Amerika Syarikat akan memberi kemerdekaan kepada Filipina dengan secepat mungkin. pada 23 Januari 1899, Kongres Filipina bertemu di Malolos dan merangka perlembagaan untuk membentuk Republik Filipina. Aguinaldo disahkan sebagai presiden. konflik yang semakin memuncak antara Filipina dan Amerika akhirnya mengakibatkan pertembungan pada 4 Februari 1899 antara dua bekas sekutu itu. Aguinaldo ditangkap oleh tentera Amerika pada bulan Mac 1901, dan dibawa ke Manila. pada 19 April, dia mengikrarkan sumpah kesetiaan kepada Amerika Syarikat dan kembali kepada kehidupannya sebagai orang biasa.



encik google tolong cari disini http://www.loc.gov/rr/hispanic/1898/aguinaldo.html dan http://en.wikipedia.org/wiki/Emilio_Aguinaldo kalau nak tahu lagi sila berbaik-baik dengan encik google okeh!




No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...