Di bawah Sultan Agung, sempadan kerajaan telah meluas. Pada tahun 1624, Pulau Madura berjaya ditakluki. Pada tahun 1625, Surabaya telah dikepung dan berjaya ditawan. Sultan Agung melakukan sesuatu yang terbaik untuk berjaya menentang Belanda bagi memenuhi keinginannya untuk menawan Bantam di barat Jawa. Baginda membina penempatan berhampiran Batavia (sekarang Jakarta) pada tahun 1619. Apabila Belanda menolak untuk menolongnya, baginda menyerang Batavia pada tahun 1628, dan menyerangnya sekali lagi pada tahun 1629, tetapi tidak berjaya. Baginda juga memusuhi Portugis, yang mempunyai pos perdagangan di kawasan itu.
Sultan Agung adalah penganut agama Islam. Pada tahun 1633, baginda memperkenalkan kalendar Islam, Arab-Jawa di dalam pemerintahannya bagi menggantikan kalendar Hindu yang berdasarkan matahari. Bermula saat itu, pusingan tahun Islam antara 354 atau 355 hari digunakan. Pada tahun 1641, baginda bergelar sultan selepas satu misi dari Mataram kembali dari Makkah memberikannya gelaran ini.
Menjelang saat kemangkatannya pada tahun 1646, Sultan Agung menjadi seorang penakluk yang hebat di Indonesia sejak zaman Majapahit. Baginda menguasai seluruh kawassan tengah dan timur Jawa. Baginda digantikan oleh puteranya, Amangkurat I yang ditabalkan dari tahun 1646 hingga tahun 1677.
Sultan Agung |
Kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal Sultan Agung ni, sila ziarah encik google disini dan disini atau disini hokey...jangan malas membaca untuk tambah ilmu sejarah :)
No comments:
Post a Comment