Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Friday, July 15, 2011

Simbiosis antara 'Aku' dan 'Dia'...kanak2 dan remaja bawah umur tidak digalakkan membaca n3 ini.


S.I.M.B.I.O.S.I.S...simbiosiskah antara aku dan dia?
hari ini aku dapat merasakan SIMBIOSIS antara aku dan dia...
dia...siapa dia?
selak file investigation...ditepek result pada halaman depan file tu "masih dalam siasatan" secara peribadi.
sape investigator? 
ehem ehem...sape lagi kalo bukan aku...aku kan teliti kalo bab siasat orang-orang penting nih terutama orang penting yang akan ada kaitan dengan hidup dan mati aku. wow...'yang akan ada kaitan dengan hidup dan mati aku?' saspens jugak ni...harap-harap miss oniey dan nick harith tak terbaca ini statement. kalo tak mampus mana aku  nak ceduk alasan untuk menjawab soklan soklan cepu emas
mereka, karang tak pasal-pasal rahsia yang baru nak jadi rahsia ni terbongkang terbongkar ahahhahaa.

S.I.M.P.T.O.N apakah yang melanda aku sejak akhir-akhir ini?  simpton baru. aku baru terperasan simpton ni sejak dua menjak ni...tapi yang pasti tiada penghuraian yang jelas tentang apakah simpton yang sedang aku alami sekarang ini.
R.I.N.D.U weh...aku merindu. tahu tak apa itu makna merindu? ianya tentang berkeinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang yang sentiasa berada dalam ingatan dan fikiran aku.  adakah dia pun merasakan perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa? guulp! aku tak pasti! dan aku kurang pasti dengan perasaan aku sendiri!

dan tiba-tiba......

*
*
*
pagi tadi aku mendapat satu panggilan dari dia..........

"sayang, abang ada depan bangunan pejabat sayang ni. abang nak jumpa sayang, rindu sayang lah"
"guulp! abang? nak jumpa aku? dia panggil aku sayang?" dup dap dup dap jantung aku weh... aku baru jer teringat teringat dan termimpikan dia malam tadi, tiba-tiba dia wujud didepan mata aku. aku tak percaya...aku tak percaya...dan akhirnya aku terpaksa percaya apabila setelah aku jenguk kebawah aku nampak dia ada disebelah keretanya yang di parking!!.

seperti dialam mimpi yang penuh fantasi (cewah ghiler ayat..kalo miss oniez baca kompem dia gelakkan aku like crazy) aku gagahkan kaki aku melangkah turun kebawah menghampirinya. rasa nak peluk dia lama-lama sebab dah lama tak jumpa...oppss! jangan buat hal! jangan peluk la..! nanti batal air sembahyang...dosa tau! sempat lagi tu setan menghasut. sib baik aku tidak tersasar haluan ngeee....astaqhfirullah..kebetulan dah masuk tengahari. so dia bawak aku lunch kat 'rumbia coffee house' de palma hotel. kami makan buffet. aku ambik nasi sikit je tapi lauknya yang banyak sebab seme lauknya aku nampak macam sedap. pastu aku ambik kerabu 3 jenis sebab sebelum ni aku teringin sangat nak makan kerabu yang mak aku buat tapi sampai hari ni tak kesampaian lagi. kena balik kampung baru boleh makan yang  mak masak. dan yang pasti kerabu yang mak aku buat lagi sedap dan enak daripada kerabu de palma hotel tu...opsss!!   dia pun sama macam aku...ambik lauk banyak...tiru aku la tu ngeeee.

habis makan kami lepak sat kat lobi de palma, sib baik tak ramai orang. kebetulan ada dua sofa kosong nun dihujung lobi dekat dengan kaunter...so kami duduk situ. selesa sikit borak-borak kat situ.
*
*
*
sementara dia pergi solat jumaat kat surau nurul hikmah di tingkat atas hotel de palma tu aku duduk je kat lobi tu sambil berfikir...ntah apa yang aku fikir aku pun tak pasti. yang pasti aku merasa amat gembira hari ini kerana semua yang berlaku pada hari ini seolah-olah macam mimpi. tak sangka dia datang jumpa aku disaat aku rindukannya dan termimpikannya....
*
*
*

p/s :

* miss oniez, rasa-rasanya i ni normal tak hari ni?

* tajuk entri macam tak bleh blah ahahahhaa...





8 comments:

Nick Hariz said...

jeng jeng jeng jeng jeng, hahahahhahaha... nasi minyakkkkkk

Diary Ilham Bonda said...

haiippp!! syioh syiooohh syioooohhh...pegi main jauh-jauh. bebudak takleh campur urusan orang dewasa ahahhaa :)

~~ Mula Sa Puso ~~ said...

aku x pandai mengarang puisi..tidak ku pandai bermadah berseni..satu kalimah yang ku seikhlas tahu..hanyalah ku cinta..padamu... ('-,*)

Nick Hariz said...

hahahha, xpo2.. tunggu laaa.. budok ni la hok akan duduk kat seat VVIP natih, hahahhaha...

~~ Mula Sa Puso ~~ said...
This comment has been removed by the author.
Diary Ilham Bonda said...

blushing blushing i u ouls...

norh said...

jangan lupa jemput saya ye.. :)

Diary Ilham Bonda said...

norh, saya bukan jenis yang mudah jatuh chentaa...maybe itu mainan perasaan yang bersifat sementara sahaja tu hehehhee. lagi pun saya tak pasti dgn perasaan saya skrg...guulppp!!

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...