Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, July 31, 2011

Hidayah Allah ada untuk well...

Seminggu berlalu. rasa macam sekejap je masa berjalan. sedar tak sedar esok dah masuk bulan ogos, juga bulan ramadhan bulan puasa bagi kita umat Islam. so, selamat berpuasa syu ucapkan kepada muslimin muslimat seantero dunia :) marilah kita sama-sama pakat melipat gandakan amal ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini. jangan poser yop yop pulak! ehehehee...

hari ni syu gembira sangat sebab....sebab syu dapat tahu yang sorang kawan baik syu masa belajar kat universiti dulu dah masuk Islam. sejuk mata memandang bila tengok dia dah bertudung sekarang. cantik sangat. masa belajar dulu nama dia wellhemina, sekarang dah jadi zahirah wellhemina..Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi dia hidayah untuk masuk Islam.

serba sedikit cerita tentang seorang wellhemina yang saya kenal.
well yang syu kenal dulu adalah seorang yang periang dan suka senyum. dia juga seorang yang sangat coooooool giler. susah nak tengok dia marah, tapi kalau sekali dia marah...'alamak tok ampunkan daku' la jawabnya ehehehe. agak mengerikan juga lah kalo tengok  muka dia time dia marah. well yang syu kenal ini juga seorang yang sangat malas pergi gereja pada hari ahad. hari-hari bila habis kelas dia selalu lepak di rumah sewa syu. pastu hari sabtu ahad pun dia suka lepak di rumah sewa syu.
masa belajar dulu syu sempatlah rasa hidup menyewa diluar kampus bersama rakan-rakan se-universiti. belajar hidup berdikari. susah senang kami bersama-sama. pahit manis suka duka zaman pengajian kami telan bersama-sama. satu pengalaman yang benar-benar pengajar kami erti hidup, erti bertolak ansur, erti satu hati lima jiwa...kenapa lima jiwa? sebab didalam rumah itu kami berlima mengharungi susah senang hidup bersama-sama sehinggalah kami tamat pengajian dan akhirnya masing-masing mendapat kerja. dua orang berasal dari sabah dan dua orang lagi berasal dari sarawak. syu pula dari pantai timur. bahasa pengantar kami dirumah itu adalah bahasa sarawak, cuma sesekali bahasa bugis dan sabah menjadi bahasa rasmi kami dirumah itu. syu pulak...terikut-ikut dengan bahasa sarawak dan sabah. mula-mula tu agak biol juga lah kepala syu nak fahamkan bahasa-bahasa housemate syu dari sabah sarawak tu. tapi lama kelamaan syu dah boleh bertutur bahasa dorang ehehehe. boleh lah faham. maybe sebab ada gang sabah sarawak jugalah si well ni suka lepak sama-sama....sebab well pun dari sabah cuma berbeza agama jer. dia menyewa bersama-sama gang sabah yang beragama kristian.

ada sesuatu yang menarik perhatian kami berlima tentang si well ni. setiap kali dia lepak dirumah kami, dia tak pernah 'miss' mengingatkan kami tentang solat setiap kali masuknya waktu solat. si well ni hafal waktu-waktu solat? setiap kali apabila masuk je waktu solat dia akan paksa kami untuk solat dulu, kemudian baru boleh sambung buat assingment. dia kata kami tak boleh lengah-lengahkan solat! kami cuma diam je, kagum didalam hati sambil mengiakan kata-katanya. pernah kami ajak dia solat sama-sama tetapi dia menolak...*saje nak try test dia ehehehe.
pastu kalau dia dengar kami-kami ni mengaji dia akan dengar dengan penuh khusyuk. sepanjang kami berkawan tak penah pulak dia bertanyakan apa-apa tentang Islam kepada kami. dia cuma mendengar apa yang kami baca dan memerhati apa yang kami  buat terutamanya solat.
kami juga perasan, dia agak jarang pergi gereja pada hari ahad. tidak seperti housemate dia yang selalu pergi gereja. kami pernah tanya dia..kenapa dia tak suka pergi gereja? ...dia cuma diam...diam...dan terus diam. tiada jawapan yang keluar dari mulut well. maka kami pun turut sama diam.

lepas konvo well terus balik sabah. nak dekat dengan keluarga katanya. sedangkan rakan-rakan serumah sewa dengannya yang lain teruja amat untuk terus mencari kerja dan menetap di kole lumpo. manakala well sudah ada perancangannya sendiri. balik sabah dan kini telah menjadi seorang guru disana. mendidik anak-anak sabah supaya menjadi insan berguna kepada bangsa dan agama. juga telah membawa bersama akidahnya berhijrah menjadi wanita muslimah yang cantik bertudung litup. bukan senang untuk berhijrah menjadi wanita muslimah, sedangkan orang tua dan ahli keluarganya begitu kuat berpegang kepada ajaran kristian. semoga well terus kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. kini setelah beberapa tahun berlalu, barulah kami jumpa jawapan kenapa well sangat malas pergi gereja tetapi amat mengambil berat tentang waktu solat kami. rupa-rupanya hati dia lebih berminat kepada Islam. alhamdulillah syukur, segala-galanya adalah perancangan Allah...hidayah Allah ada untuk welhemina. insyaAllah well, kita akan sama-sama mencari keredhaan Allah...amin..:)












4 comments:

Akemal said...

alhamdulilah..Allah berhak untuk beri hidayah pada siapa yang Dia mahu..^^
bimbing lah dan tunjuk contoh yang baik untuk saudara baru kita.

”cepat datang ke blog saya pulak!!!”

Diary Ilham Bonda said...

insyaAllah...sama-sama doakan yang terbaik untuk kita sume...

norh said...

Selamat berpuasa awak :)

Diary Ilham Bonda said...

Hai norh dear...selamat berposer juga utk awak...jom terawih jom..ehehehe

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...