Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, October 10, 2011

bang...boleh tolong parking elok2 tak...

ragam manusia macam-macam...

straight to the point!

peristiwa di tempat letak kereta pagi tadi benar-benar membuat kepala saya berfikir dan terus berfikir tentang perangai dan sifat-sifat manusia lelaki yang tak cukup sifat adat sopan dan budi bahasa sesama insan. hurmmm...lelaki... 

lelaki...hebat sangat ke lelaki?

ciri-ciri lelaki hebat?

"kalau lelaki berkereta besau, rumah besau, kerja bagus...awek pun  besau, bukan setakat awek besau malah ramai pulak tu...maka lelaki itu boleh dikategorikan sebagai lelaki hebat takk??"

ok, jawapan ada pada korang masing-masing. 
setiap orang ada versi jawapan yang berbeza-beza bergantung kepada tahap pemikiran dan pemahaman korang masing-masing.

pada saya lelaki dengan ciri-ciri seperti itu belum layak memenuhi piawaian sebagai seorang lelaki hebatt. banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira bagi memenuhi piawaian 'lelaki hebat' mengikut 'standard saya'. statement 'standard saya' tu macam cerewet je saya ni kann? memang saya cerewet. tetapi cerewet saya bertempat dan mengikut situasi dan keadaan. bukan main menonong je nak cerewet...hokeyy...paham!

ok, pendirian saya tetap pendirian saya...
saya tak akan ubah pendirian saya mengikut silibus pendirian orang lain. saya bukan spesis manusia lalang. saya tak akan ubah pendirian saya selagi ianya relevan dan realistik.

ok. hari ni saya sebenarnya rasa meloya dan berbulu dengan perangai lelaki sorang ni. saya tak kenal dia pun sebenarnya. tetapi saya kecewa giler dengan perangai dia pagi tadi. gara-gara dia parking kereta ditengah-tengah garisan antara dua petak parking. bukan kah itu pentingkan diri sendiri namanya tu? tak bertanggungjawab. takde tanggungjawab sosial. sedangkan ada lagi sebuah kereta di belakang kereta dia tengah tunggu nak masuk petak paking. kesudahannya terpaksalah kereta malang tu cari petak paking lain. ntah jumpa paking lain ntah tidak. tapi saya rasa dah takde dah sebab sebelum saya paking kete saya dah pusing tempat tu dulu dan yang ada cuma tiga petak kosong. satu saya dah chopp dulu, so, tinggal lagi dua sebelah menyebelah. tetapi lelaki selfish tu rembat dua2 petak paking tu sorang2. pastu bila tuan punya kereta kat belakang dia tu hon dan tegur supaya paking betul2 sebab dia pun nak masuk paking...di tengkingnya orang tu. sungguh tak  masuk akal. takde otak agaknya lelaki tu...takkan benda basic macam tu pun tak boleh nak pikir? saya yang kebetulan ada lagi kat situ dan jadi pemerhati secara tak rasmi terkejut terkedu-kedu. wujud lagi spesis manusia tak bertamadun semacam itu rupanya. last2 sebab takmo  panjangkan sengketa maka tuan punya kete yang tak dapat paking tu blah aje dari situ dengan muka memerah. saya pulak rasa nak tembak je lelaki selfish tu dengan bola-bola api andai kata saya boleh transform jadi naruto....tapi apakan daya saya. saya sebenarnya nak aje bagi tazkirah kat lelaki tu...tapi bila difikirkan balik bukan tempat dan masa yang sesuai kot. tambah pulak masa tu saya sorang aje yang ada kat situ, pompuan pulak tu. kalau dia buat apa-apa kat saya...kan susah mak ayah saya...

yang paling buat saya kecewa sebab lelaki tu adalah lelaki melayu. umur maybe dalam lingkungan awal 30-an. naik kete bmw. dan lelaki yang kena tengking tu pulak dah agak berumur, naik kete buatan malaysia aje. korang nampak tak perbezaannya disitu. korang terfikir tak macam apa yang saya sedang fikir.....?? korang rasa lelaki yang angkuh bongkak dan sombong serta tak reti nak hormat orang macam tu HEBAT SANGATT ke??? korang yang pompuan tu kalau dapat pakwe atau suami yang spesis alien macam lelaki tu bangga ke jadi awek atau isteri dia??? korang rasa ibu bapa yang ada anak perangai macam ni bangga ke tidak?? saya bukan baik sangat pun, tapi seingat saya tak pernah lagi sesuka hati nak tengking2 orang macam tu...tambah lagi kalau orang tu orang tua. paling teruk saya akan pastikan orang macam tu akan kena lastik dengan lastik getah saya. itu zaman saya budak2 sekolah dululah. saya doakan semoga lelaki tadi tu cepat2 insaf...berubah jadi insan yang lebih baik lebih bertimbangrasa...barulah aman dunia ni....betul tak. tak guna pangkat, darjat, harta bertimbun kalau tak reti nak hormat orang beb...orang tetap akan benci...



*saya merepek apa ntah...
*tapi yang pasti lelaki tadi telah membuatkan saya berfikir tentang banyak perkara berkenaan... LELAKI?









No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...