Jumaat yang penuh berkat...:)
hari ini tak bizi sangat. suam suam kuku je. sempat lagi sambil buat kerja sambil google maklumat program master yang ada kat universiti-universiti didalam Malaysia ni. sebenarnya dah lama su pasang niat nak sambung buat master tapi last last minit ada aje halangannya. sakit lah... itu lah... ini lah... macam-macam lah... tapi kali ni su tak kira...walo apa pun terjadi su nak jugak sambung buat master. PhD...pelan-pelan kayuh. InsyaAllah...semoga Allah permudahkan. amin.
tadi sempat buat survey berkenaan satu progam ni...(off record program apa. su namakan ia sbg program 'usaha'). try buat perbandingan program 'usaha' yang ditawarkan di universiti 'M' dengan yang ditawarkan di universiti 'T'. sebelum ni penah juga usha-usha dan buat survey nak sambung kat mana tapi hanya setakat survey aje, tiada keputusan. tetapi kali ini ada keputusan... keputusannya su nekad pilih universiti 'T' untuk pengajian master su bulan julai tahun depan. bulan julai tahun depan? iye julai tahun depan sebab untuk kemasukan november tahun ini su dah terlepas tarikh permohonan...bukan rezeki tahun ini. harap ianya menjadi rezeki tahun hadapan...amiin... :) terasa sedikit jeles dan bangga kepada kawan su yang akan konvo master pada 20hb oktober ini. jeles kerana kami sepatutnya konvo sekali lagi bersama-sama. bangga kerana akhirnya dia berjaya habiskan master dia dengan begitu jayanya...hehehee. so, lepas ni su pulak follow okeh!
*semoga permulaan tahun depan mendung beransur pulang...mentari kembali menyinari hidup ini.
No comments:
Post a Comment