Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, June 26, 2014

Closing day Coway




Cerita Closing day 25hb Jun 2014 kelmarin.

Punyalah ramai orang. Terbeliak biji mata menengoknya.
Tahniah kepada mereka-mereka yang telah membuat keputusan untuk memasang produk coway dirumah. 
1 rumah, 1 penapis air minuman Coway & 1 penapis udara Coway!
Anda senang dan maintain sihat saya tumpang gembira. 

Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang percaya dan yakin dengan kelebihan dan kebaikan produk penapis air & penapis udara Coway dalam membantu mereka mendapatkan air & udara yang bersih dan berkualiti untuk kegunaan seisi keluarga.

Kami Authorized Health Planner Coway merasa sangat bangga kerana dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang dah submit order. 
Kepada yang belum pasang dan bercadang untuk upgrade kualiti air minuman & kualiti udara didalam rumah anda sila hubungi Kedai Coway Sue...

Call/sms/whatsapp @ 011-11796164
Kedai Coway Sue
Sedia membantu anda sepenuh hati
Sila klik disini







Sunday, June 15, 2014

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa.

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa,
Memang hakku untuk memilih menjadi luarbiasa,
Kini aku mencari-cari peluang, bukan perlindungan.

Aku tidak rela menjadi warga yang terkongkong,
Rendah diri dan dipelihara oleh keadaan,
Aku hendak mengambil risiko yang terkira,
Untuk berimpian dan membina,
Untuk gagal dan berjaya.

Aku enggan menukar perangsangan untuk sebarang sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin.

Kenikmatan untuk mencapai sesuatu bukan utopia yang basi,
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan,
Tidak juga maruahku hanya untuk hidup menerima,
Aku tidak akan tunduk pada sebarang “tuan” dan ancaman.

Adalah memang warisanku untuk berdiri teguh,
Bangga dan tidak kenal erti takut,
Untuk berfikir dan bertindak atas diri sendiri,
Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah kujayakan.

Menghadapi dunia ini dengan megah,
Lalu berkata “inilah yang telah kulakukan”,
Segalanya ini adalah ERTI SEORANG INSAN.







Nasihat dari ELBERT HUBBARD

Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke belakang dan angkatlah kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara pada setiap tarikan nafas, sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan yang sihat  kepada anda. Sambutlah rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda.

Jangan berasa takut disalah ertikan oleh sesiapa tentang tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk memikirkan mengenai musuh-musuh anda. Pastikan tujuan anda jelas kelihatan di hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan itu. Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang baik dan indah, yang ingin anda lakukan. Lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu.

Lihatlah keinginan anda, penampilan yang kuat, segak dan berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama-kelamaan anda akan muncul dengan individu yang anda kehendaki – fikiran yang paling berkuasa. Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan positif, beliau pasti dapat melakukan kerja yang kreatif. Setiap sesuatu yang dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti dikabulkan. 

Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bermutu.







Berjaya, celaka atau terpedaya?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidak ketèrlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war).

Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak mendaki, kita pasti sedang menurun.

Kata hukama "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam." 

Kita dalam golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya...

Saturday, June 14, 2014

Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.

Bismillahirrohmanirrohim.
Apa khabar kawan-kawan semua...

Hujung minggu macam ni selalunya kawan-kawan buat apa yer? 
Kalau saya, sekiranya tiada aktiviti diluar saya lebih suka lepak je di rumah sambil membaca buku dan majalah atau surfing internet. 

Banyak maklumat yang akan kita dapat dengan membaca. Bagi saya membaca juga adalah satu proses pembelajaran. Kawan-kawan setuju atau tidak dengan pendapat saya? Setuju atau tidak apabila saya katakan bahawa apabila kita berhenti belajar, kita sebenarnya berhenti memimpin. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi dengan membaca kita sebenarnya bukan setakat membaca, malah kita sedang memimpin. Ingat selalu...pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar. 

Sebenarnya tidak ada noktah dalam membentuk diri kita ke arah yang lebih baik. Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung. Sering kali penghujung suatu jalan, akan membuka satu jalan lain yang lebih luas...
Dalam kehidupan kita, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru. Manusia mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik...SETUJU @ TIDAK?


* LIKE | SHARE saya DI SINI.











Syukur...Doa ku untuk mu

Syukur Alhamdulillah...

Perasaan gembira yang tidak terhingga kerana kawan saya yang terlantar sakit di hospital PPUM selama hampir 2 bulan lebih telah dibenarkan pulang ke rumahnya. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya tetapi saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kawan saya tu dah boleh bercakap walaupun kadang-kadang saya kurang faham butir percakapan beliau. Beliau juga dah dapat menggerakkan kedua belah tangannya berbanding selama tempoh terlantar di hospital tu kawan saya cuma mampu baring dan tak berdaya untuk bergerak akibat dari sakit radang otak yang dideritainya, berpunca daripada demam panas. 
Cumanya sekarang ni kawan saya tu kena banyak buat terapi dan exercise kerana kedua-dua belah kakinya masih belum kuat untuk berjalan dan kedua-dua belah matanya kurang nampak. Doktor bagi masa beberapa bulan lagi untuk melihat perubahan positif kawan saya tu...
Apa yang penting sekarang, kawan saya kena kuatkan semangat dan tabah. Saya akan sentiasa doakan kawan saya semoga dia kembali sihat seperti biasa...amiiin.




Monday, June 2, 2014

Israk Dan Mikraj


Beriman dengan kejadian yang penuh mukjizat

Add caption
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW memang banyak disebutkan dalam hadis-hadis sahih. Ia juga terdapat dalam hadis-hadis palsu berikutan adanya elemen tokok tambah. 

Begitu pun, hadis-hadis sahih mengenai peristiwa ini boleh didapati dalam Sahih Bukhari atau Muslim. 

Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitabnya, bab al-Mikraj. Ia telah diceritakan oleh Hadibah bin Khalid daripada Hammam bin Yahya daripada Qatadah daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Didatangkan seekor buraq untuk kenderaan ku. Buraq ialah sejenis binatang yang lebih besar daripada keldai tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia meletakkan kakinya pada hujung pandangan. 

Aku pun menaikinya. Ia berjalan membawaku sehingga sampai ke Baitul Maqdis, kemudian binatang itu aku ikat pada kalungan yang juga pernah digunakan oleh nabi di dalam Masjidil Aqsa. Di dalam masjid itu, aku solat dua rakaat lalu aku keluar. 

Seterusnya, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Kamu telah menepati dengan fitrah kejadian manusia. Kemudian aku diangkatkan ke langit dunia. Jibril meminta agar dibukakan pintu. Dikatakan kepada Jibril, Kamu siapa? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapakah yang  bersama kamu? Jawabnya, Muhammad. Ditanya lagi, Apakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintahkan untuk datang. Lalu dibuka pintu, tiba-tiba yang ada di situ ialah Nabi Adam a.s. Beliau menyambut dengan baik dan mendoakan yang baik-baik untuknya (Aku).

Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Jibril minta agar pintu dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu?' Muhammad ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu itu dibukakan. Tiba-tiba yang ada di situ ialah Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s. Kedua-duanya menyambutku dengan baik dan mendoakan yang baik untukku.   

Kemudian aku diangkat ke langit ketiga. Jibril minta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Dia diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba yang ada ialah Nabi Yusuf a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit keempat. Jibril a.s minta agar pintu dibuka. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Muhammad, jawabnya. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu itu dibuka. Tiba-tiba, aku dapati Nabi Idris a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit kelima. Jibril meminta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba, aku mendapati Nabi Harun a.s. beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit keenam. Jibril meminta agar dibukakan.Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba aku mendapati Nabi Musa a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik.

Kemudian aku diangkat ke langit ketujuh. Jibril meminta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapa yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, adakah dia telah diperintah untuk datang? Dia menjawab, Dia telah diperintah untuk datang. Tiba-tiba aku mendapati Nabi Ibrahim a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

(Petikan buku Di Sebalik Israk Mikraj oleh Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusof)
Bagaimanapun di dalam Shahih Muslim, kisah itu diteruskan dengan Jibril membawa Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT. Lalu Allah SWT memerintahkan kepada Nabi SAW untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.













Saturday, May 31, 2014

Makanan untuk lelaki

Berbanding wanita, golongan lelaki memang jarang memberi perhatian terhadap aspek kesihatan. Buktinya, pergilah ke mana-mana ceramah atau sesi pemeriksaan kesihatan, pasti hanya dipenuhi oleh kaum hawa, sedangkan kesihatan merupakan hal yang penting dalam hidup manusia.

Selain bersenam, cara yang paling mudah untuk meningkatkan kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat. Berikut beberapa makanan yang disaran perlu diambil oleh golongan lelaki untuk sihat luaran dan dalaman.

Tomato
Tomato dikenali sebagai makanan super sihat kerana manfaatnya untuk kesihatan. Tomato mengandungi lycopene yang membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal, kanser prostat, penyakit jantung, dan kolesterol yang menjadi penyakit paling kerap dihidapi oleh golongan lelaki.

Tiram
Tiram kaya dengan zink yang penting untuk kesuburan dan kesihatan seksual lelaki. Zink mampu mempertahankan kadar testosteron sihat yang penting untuk menghasilkan sperma sihat.

Bijirin
Bijirin seperti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan sperma. Sementara biotin mampu menghindarkan risiko botak, masalah yang lazim menghantui lelaki.

Bawang putih
Bawang putih memang diketahui bermanfaat untuk kesihatan jantung. Lelaki yang rajin mengambil bawang putih memiliki kolesterol yang rendah.

Ikan salmon
Ikan salmon kaya dengan protin dan lemak omega 3 yang mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser prostat dan kemurungan.

Blueberry
Pakar kesihatan mengatakan bahawa blueberry mengandungi proanthocyanidins yang mampu menurunkan risiko kanser prostat. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2, serta penurunan ingatan apabila usia senja.

Brokoli
Brokoli adalah sayuran yang baik untuk melawan kanser sebab kandungan sulphoraphane yang tinggi mampu mengurangkan risiko lelaki terkena kanser prostat dan kanser kolorektal.

Telur
Bagi lelaki yang ingin menghindari kebotakan, amalkan pengambilan telur kerana ia mengandungi protein yang baik untuk kesihatan rambut.

Jus delima
Jus delima membantu lelaki menurunkan kadar kolesterol dan mencegah hipertensi berikutan kandungan vitamin, anti oksida dan mineral di dalamnya.










Friday, May 30, 2014

Azab meninggalkan solat

Bismillah...

Subhanallah...
Maha suci Allah...
Sekadar perkongsian bersama kawan-kawan sekalian. Betapa beratnya azab meninggalkan solat...jom kawan-kawan mari kita menjaga solat fardhu dan menunaikannya diawal waktu serta istiqamah menunaikan solat sunat...sayang kamu semua...

Saturday, May 24, 2014

Tuhan berikan aku cinta



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang...
dan bukan siapa dia sebelumnya...
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati...


Relakan jiwa...


Ku relakan jiwa...
Walaupun payah...
Andai itu yang terbaik untuk ku...
Pasrah...
Dalam redha...




Mirae...







Princess diary 240514

Alhamdulillah...

Hari sabtu yang indah lagi ceria.
Hari ini rehat sambil memanjakan diri, sambil nonton cerita korea 'the sun embrace the moon'...huhuu betul ke tajuk & ejaan tu? Sebenarnya cerita ni ada tersimpan dalam koleksi saya dah lama cuma tak sempat nak tengok dengan bersunguh-sungguhnya je...ni pun nasib baik ditayangkan di tv8. Dah alang-alang tengok di tv...lepas ni habisla...sambung tengok di laptop pulak kasi habiskan episod dalam cerita ni.

Bercakap pasal drama @ filem korea ni sebenarnya saya memang dah lama ketagih,  sejak zaman saya belajar di universiti lagi. Cumanya sekarang ni memang tak sempat sangat nak mengadap cerita korea macam dulu-dulu. Tuntutan kerja & tanggungjawab lain menyebabkan saya terpaksa korbankan hobi nonton cerita korea sampai nak muntah tu hehee. Ingat lagi kisah zaman dahulu kala dimana ketagih saya lagi parah sejak keluar drama winter sonata tu. Hero dio hensem..jeles pulak dengan hyu jin tu sebab dia dapat jadi kekasih mamat hensem tu. (betul ke nama heroin tu hyu jin? alamak lupa pulak nama watak utama maklumlah cerita tu dah lama sangat. Lagipun dah banyak sangat tengok cerita korea sampai nama-nama penting watak hero heroin pun dah bertukar-tukar dalam kepala ni hehe..). Antara cerita korea yang saya suka tengok ialah Meteor garden, full house, my girl, april snow, autum in my heart, wonderful life, dancing with me, love story in harvard, sassy girl, sad love story, stairway to heaven dan banyak lagi lah.

Bukan saya sorang je ketagih cerita korea ni, ada beberapa rakan sekerja saya sekarang ni lagi hardcore dia punya ketagih cerita korea. Siap download cerita korea simpan dalam hard disk lagi. 10 biji hard disk pun dorang sanggup! Buat koleksi katanya... Tapi saya cukup la simpan koleksi cerita korea dalam 1 hard disk je...tak sempat den nak tengok. Saya sendiri dah lupa & tak tahu macam mana saya boleh jadi ketagih dengan cerita korea ni...hurmmm dahsattt betul penangan cerita korea ni kan...











Wednesday, May 21, 2014

Princess diary 21st mei

Bismillahirrohmaanirrohim...

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah SWT kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat yang diberikan Allah SWT kepada ku hari ini. Tidak terhitung syukur ku kepada Mu Ya Rabbi...
Walaupun dah hampir 2 minggu aku batuk, sakit tekak dan demam namun aku tetap bersyukur... sakit yang sedikit ini tidak mampu menandingin nikmat-nikmat lain yang telah Engkau berikan kepada ku. Syukur...

Aku masih kuat untuk bertahan. Walaupun dah hampir 2 minggu aku demam & tak juga sembuh sepenuhnya,  namun aku masih mampu untuk bekerja. Mengenangkan kerja yang nak kena settle masih banyak atas meja aku tu, aku tak sampai hati nak mc lama-lama. Takut nanti akan menyusahkan rakan-rakan opis yang lain. 1 hari je aku mc.

Buat kerja dalam keadaan diri tak berapa sihat ni bukannya best manapun. Ikutkan hati ni tidur lagi best. Tapi kalau demam sorang-sorang kat rumah pun tak best juga...so aku masuk opis lah, ramai kawan-kawan kat opis boleh aku tenung muka dorang-dorang tu... Mana tahu lepas tenung muka depa tu demam aku yang dah nak masuk 2 minggu ni boleh baik...hihiiii...tak mustahil kan...kalau Allah izin.

Apa pun aku mohon pada Allah SWT supaya Dia memberikan aku kesihatan serta memudahkan segala urusan aku pada hari ini, hari esok dan hari-hari seterusnya...amin.

Harapnya kawan-kawan diluar sana pun sama-sama doakan saya semoga cepat sembuh yer...

*entri merapu meraban sbb nak hilangkan ngantukk...


Sunday, May 18, 2014

Persoalan hidup dan mati


Persoalan hidup dan mati 2 perkara yang tidak menjadi pertikaian manusia kerana kita dapat melihat sendiri kematian ahli keluarga, sahabat handai dan yakin bahawa kita tidak boleh melepaskan diri daripada kematian.

Pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimana manusia boleh dihidupkan kembali dan akan dihisab?




Pada hakikatnya, Allah SWT menghidupkan kembali manusia bukan lah sesuatu yang pelik dari sudut pemikiran, mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud seperti seorang manusia mampu dilakukan oleh Allah SWT, apalah sangat di sisi Allah menghidupkan sesuatu yang sudah ada.




Manusia begitu gembira dan seronok berbicara soal kehidupan dan akan mengelak daripada berbicara soal kematian. Ini adalah sesuatu yang didedahkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya...




Jadikan kehidupan sebagai wadah, kehidupan ini bermula daripada Allah dan berakhir kepada Allah, oleh itu kita wajar menjadikan kehidupan sebagai wadah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Menjadi satu hikmh besar kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian supaya sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah SWT dengan membawa bekalan amal yang secukupnya.

Bagi mukmin yang memahami hakikat mereka akan kembali kepada Allah SWT, pasti akan membetulkan jalan hidup dengan mengikut manhaj al-Quran. Mereka akan memahami matlamat kehidupan sebenar seperti mencari rezeki halal dan membina kehidupan keluarga bersyariat.

Sekurang-kurangnya ada 3 perkara yang harus kita renungkan waktu di dunia ini.
Pertama, bagaimana cara terbaik kita boleh bahagia dan dapat memberi sumbangan kepada orang lain.
Kedua, apakah perasaan isteri, suami, anak, keluarga dan rakan taulan selepas ketiadaan kita.
Ketiga, berapa banyak amalan soleh yang kita bawa untuk bertemu Allah SWT.
Sudah tentu setiap daripada kita jika sentiasa berfikiran begitu akan berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Jika kita seorang pekerja, sudah tentu kita bekerja dengan tekun dan amanah. Jika kita seorang suami, kita pasti berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyanyang. Jika kita seorang pemimpin, sudah tentu kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua rakyat....


















Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...