Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, May 31, 2014

Makanan untuk lelaki

Berbanding wanita, golongan lelaki memang jarang memberi perhatian terhadap aspek kesihatan. Buktinya, pergilah ke mana-mana ceramah atau sesi pemeriksaan kesihatan, pasti hanya dipenuhi oleh kaum hawa, sedangkan kesihatan merupakan hal yang penting dalam hidup manusia.

Selain bersenam, cara yang paling mudah untuk meningkatkan kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat. Berikut beberapa makanan yang disaran perlu diambil oleh golongan lelaki untuk sihat luaran dan dalaman.

Tomato
Tomato dikenali sebagai makanan super sihat kerana manfaatnya untuk kesihatan. Tomato mengandungi lycopene yang membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal, kanser prostat, penyakit jantung, dan kolesterol yang menjadi penyakit paling kerap dihidapi oleh golongan lelaki.

Tiram
Tiram kaya dengan zink yang penting untuk kesuburan dan kesihatan seksual lelaki. Zink mampu mempertahankan kadar testosteron sihat yang penting untuk menghasilkan sperma sihat.

Bijirin
Bijirin seperti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan sperma. Sementara biotin mampu menghindarkan risiko botak, masalah yang lazim menghantui lelaki.

Bawang putih
Bawang putih memang diketahui bermanfaat untuk kesihatan jantung. Lelaki yang rajin mengambil bawang putih memiliki kolesterol yang rendah.

Ikan salmon
Ikan salmon kaya dengan protin dan lemak omega 3 yang mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser prostat dan kemurungan.

Blueberry
Pakar kesihatan mengatakan bahawa blueberry mengandungi proanthocyanidins yang mampu menurunkan risiko kanser prostat. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2, serta penurunan ingatan apabila usia senja.

Brokoli
Brokoli adalah sayuran yang baik untuk melawan kanser sebab kandungan sulphoraphane yang tinggi mampu mengurangkan risiko lelaki terkena kanser prostat dan kanser kolorektal.

Telur
Bagi lelaki yang ingin menghindari kebotakan, amalkan pengambilan telur kerana ia mengandungi protein yang baik untuk kesihatan rambut.

Jus delima
Jus delima membantu lelaki menurunkan kadar kolesterol dan mencegah hipertensi berikutan kandungan vitamin, anti oksida dan mineral di dalamnya.










No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...