Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, May 18, 2014

Syukurilah nikmat Allah SWT sebelum kita dipanggil pulang...





Mengingkari Allah SWT setelah menyaksikan sendiri dalil yang jelas serta menerima pelbagai nikmat-Nya adalah kekufuran yang amat buruk dan keji. Antara pendekatan al-Quran supaya manusia beriman kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Nabi serta Rasul ialah dengan mengingatkan mereka perkara yang dekat dengan mereka.

Allah SWT menjelaskan antara tanda kebesaran-Nya yang sememangnya cukup mudah difahami ialah penciptaan mereka sehinggalah kepada kematian mereka. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk paling baik dan melebihkan mereka dengan mengurniakan akal, pengetahuan dan pemahaman.

Kenyataan di mana kita masih boleh bernafas dan hidup sekarang sebenarnya dalil yang kuat menunjukkan adanya Allah SWT. Hidup ini yang berakhir dengan kematian juga adalah dalil kewujudan Allah SWT yang menentukan kematian itu.









No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...