Al-Quran adalah kalam agung yang tidak perlu dipertikaikan kehebatan lafaz dan isi kandungannya. Bahkan sasterawan Arab yang tersohor akan tersungkur dan mengalah tatkala berdepan dengan keajaiban lafaz Al-Quran.
Inilah dalil bahawa Al-Quran bukan daripada rekaan manusia bernama Saidina Muhammad SAW seperti di dakwa kaum Yahudi pada saat Baginda membawa risalah kenabian yang agung itu. Sebaliknya, ia secara langsung daripada lohmahfuz dan diturunkan secara beransur-ansur.
Perbezaan Al-Quran dengan kitab lain.
Inilah perbezaan besar antarà Al-Quran berbanding kitab lain. Daripada Jabir bin Abdillah, katanya "Rasulullah SAW tatkala Baginda berkhutbah, maka akan merahlah mata Bagindà, tinggi suara Baginda dan kelihatan ketegasan terpancar daripada raut wajah Baginda sehingga Baginda seolah-olah seperti panglima tentera yang sedang berkata: Pagi-pagi dan petang-petang kamu semua. Dan Baginda bersabda seterusnya: Sesungguhnya sebaik-baik cerita ialah kitab Allah SWT dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-rekà dan setiap bidaah itu adalah sesat. Kemudian Baginda bersabda: Aku adalah lebih utama daripada setiap diri orang Mukmin. Barang siapa yang meninggalkan harta maka dia adalah untuk ahlinya. Dan barang siapa yang meninggalkan agama dan keluarga, maka ia adalah kepadaku dan ke atasku." (Sahih Muslim)
Terpelihara daripada kesalahan
Dr Farouq Hamaadah dalam kitabnya Al-Sahih fi Fadhaiil al-Quran Wa Suurati Wa Aayaatihi menjelaskan, hadis ini menunjukkan kelebihan Al-Quran sebagai kalam yang terpelihara daripada sebarang kesalahan.
Setiap kandungan Al-Quran dijaga dan dipelihara rapi oleh Allah SWT tidak seperti kitab agama yang lain yang ditokok tambah oleh manusia demi kepentingan mereka. Oleh itu, siapa yang mengambil Al-Quran sebagai jalan hidupnya, nescaya kata-katanya adalah kebenaran dan hidupnya di atas kebaikan serta beroleh petunjuk.
☆Sumber: Ensiklopedia Al-Quran.
No comments:
Post a Comment