Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, May 4, 2014

Syahid tetapi dihumban ke neraka?

Berkata Abu Hurairah, saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari kiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dihadapkan di hadapan Allah, lalu Allah mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka dia pun kembali mengingatinya.

Kemudian Allah bertanya kepadanya, apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Aku berikan kepadamu itu? Dia menjawab, Nikmat itu telah aku gunakan untuk berperang kerana membela agama-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.
Allah berkata kepadanya, engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani. Dan memang itulah yang diniatkannya. Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka. (Riwayat Muslim).

Sementara itu, Jundub bin Abdullah melaporkan, Ada seorang tentera yang terluka dalam medan perang, lalu dia membunuh dirinya (agar dia segera mati dengan anggapan boleh mendapat status mati syahid). Lalu Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri, maka Aku haramkan syurga untuknya! (Riwayat Bukhari).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, Allah memberi peluang kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk mendapat keistimewaan mati sebagai seorang syahid. Bukan hanya mati dalam medan perang mempertahankan agama Islam, namun seorang yang ikhlas niatnya memohon untuk mendapatkan status syahid, kemudian dia mati kerana beberapa sebab yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi, maka orang itu memperoleh keistimewaan syahid akhirat, iaitu ia menjadi penyebab, dosa seseorang itu diampunkan oleh Allah SWT dan digandakan pahala (Fath al-Bari, jil. 6, hlm. 44).

Oleh itu, setiap hamba Allah SWT yang mengharapkan untuk memperoleh mati syahid; sama ada syahid dunia akhirat atau syahid akhirat, perlu mengikhlaskan doa untuk memperolehnya serta reda terhadap segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT di saat akhir kehidupannya.










No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...