Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, May 18, 2014

Persoalan hidup dan mati


Persoalan hidup dan mati 2 perkara yang tidak menjadi pertikaian manusia kerana kita dapat melihat sendiri kematian ahli keluarga, sahabat handai dan yakin bahawa kita tidak boleh melepaskan diri daripada kematian.

Pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimana manusia boleh dihidupkan kembali dan akan dihisab?




Pada hakikatnya, Allah SWT menghidupkan kembali manusia bukan lah sesuatu yang pelik dari sudut pemikiran, mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud seperti seorang manusia mampu dilakukan oleh Allah SWT, apalah sangat di sisi Allah menghidupkan sesuatu yang sudah ada.




Manusia begitu gembira dan seronok berbicara soal kehidupan dan akan mengelak daripada berbicara soal kematian. Ini adalah sesuatu yang didedahkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya...




Jadikan kehidupan sebagai wadah, kehidupan ini bermula daripada Allah dan berakhir kepada Allah, oleh itu kita wajar menjadikan kehidupan sebagai wadah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Menjadi satu hikmh besar kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian supaya sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah SWT dengan membawa bekalan amal yang secukupnya.

Bagi mukmin yang memahami hakikat mereka akan kembali kepada Allah SWT, pasti akan membetulkan jalan hidup dengan mengikut manhaj al-Quran. Mereka akan memahami matlamat kehidupan sebenar seperti mencari rezeki halal dan membina kehidupan keluarga bersyariat.

Sekurang-kurangnya ada 3 perkara yang harus kita renungkan waktu di dunia ini.
Pertama, bagaimana cara terbaik kita boleh bahagia dan dapat memberi sumbangan kepada orang lain.
Kedua, apakah perasaan isteri, suami, anak, keluarga dan rakan taulan selepas ketiadaan kita.
Ketiga, berapa banyak amalan soleh yang kita bawa untuk bertemu Allah SWT.
Sudah tentu setiap daripada kita jika sentiasa berfikiran begitu akan berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Jika kita seorang pekerja, sudah tentu kita bekerja dengan tekun dan amanah. Jika kita seorang suami, kita pasti berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyanyang. Jika kita seorang pemimpin, sudah tentu kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua rakyat....


















No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...