Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa ketenangan itu telah bertapak dalam hati? Adakah ciri-ciri tertentu yang menunjukkan ketenangan yang kita cari itu telah kita kecapi dan mengapakah kita merasakan ada sesuatu di dalam hati tetapi dalam masa yang sama kita tidak tahu apa dia. Adakah itu bermakna, kita perlu lagi pertingkatkan ilmu dan perkukuhkan keimanan?
Ketenangan hati adalah sebahagian tanda keimanan. Ini kerana insan yang benar-benar mempunyai iman tahu tentang rahmat Ilahi. Insan itu bersedia dengan iman dan amalan soleh untuk kematian yang pasti datang bila-bila masa. Maka kehidupannya ini tidak lari daripada ketetapan Allah SWT agar mendapat redha Ilahi.
Sebaliknya, jika iman kita tidak kuat, maka kita biasanya hidup dalam kebimbangan. Persediaan untuk mati tidak ada, amalan soleh pun tidak cukup atau cukup-cukup makan, dosa dan zalim terhadap insan yang lain masih banyak dan sebagainya.
Oleh itu, nas al-Quran menyebut tentang hati yang tenang. Antara caranya:
1. Berzikir kepada Allah SWT. Maka antara tanda ketenangan hati ialah banyak berzikir kepada-Nya.
2. Selain itu, kesukaan kita kepada amal ibadat khusus (contohnya, solat..membaca al-Quran) juga adalah petanda ketenangan hati. Sebaliknya insan yang banyak melakukan dosa amat malas untuk melakukan ibadat khusus.
3. Kita juga akan rasa bersalah apabila melakukan dosa terhadap orang lain. Selagi mana kita tidak memohon ampun, maka kita akan dibelenggu rasa bersalah.
Oleh itu, marilah kita berusaha meningkatkan keimanan dan berzikir kepada Allah SWT.
* Amalan berzikir akan membawa ketenangan.
No comments:
Post a Comment