Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, January 25, 2011

'Abdullah ibn 'Amru



'Abdullah ibn 'Amru (7 S.H. - 65 H./616 M. - 684 M.), sahabat besar yang berasal dari Makkah dan termasuk golongan Muhajirin. Nama penuhnya 'Abdullah ibn 'Amru ibn al-As. Dia telah memeluk Islam sebelum bapanya 'Amru ibn al-As. Dia sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. dan merupakan orang yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia juga berkebolehan dalam menulis dan membaca semenjak kecil lagi dan turut mempelajari bahasa Suryani serta mampu menulis dengan baik dalam bahasa ini.

Dia seorang yang kuat beribadat. Dia juga pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencatat setiap apa yang berlaku dan yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Catatan 'Abdullah ini dianggap sebagai "Sahifah Sadiqah" atau Catatan yang Benar. Dia juga pernah berhenti mencatat kerana bimbang berlaku kesilapan, tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Tulislah, demi Allah yang diriku ini berada dalam pengawasan-Nya, tiada suatu pun yang keluar dari aku melainkan kebenaran."

'Abdullah ibn 'Amru ibn al-As telah meriwayatkan sebanyak 700 hadith dan sebahagian besarnya terdapat dalam kedua-dua Sahih Bukhariy dan Sahih Muslim.
Dia merupakan penulis wahyu dan seorang yang tinggi ketakwaanya serta sentiasa berpuasa dan mendirikan sembahyang malam. 

'Abdullah juga turut serta dalam beberapa peperangan. Dia bersama bapanya menyandang bendera dalam Perang Yarmuk. Di samping itu, dia tidak ketinggalan menyertai gerakan Pembukaan Mesir. Dia berpihak kepada Mu'awiyah semasa Perang Siffin. Dia dikatakan tidak menghunus pedangnya dan tidak turut serta dalam sengketa ini melainkan kerana taat kepada suruhan bapanya. 

Dia seorang yang zuhud dan banyak melakukan ibadat di akhir hayatnya. Dia menetap di Mesir dalam jangka masa yang agak lama dan meninggal di sana ketika berusia lebih 70 tahun.






No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...