Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Wednesday, January 19, 2011

diri seorang 'dia'

dia...dia...dia...
jiwa seorang dia...sangat kosong.
jiwa seorang dia...sangat sunyi.
jiwa seorang dia...inginkan kemesraan.
jiwa seorang dia...inginkan kasih sayang.
jiwa seorang dia...inginkan ramah-tamah.
jiwa seorang dia...inginkan talian hayat.

kenapa mesti dia...begitu?
kenapa mesti dia...begini?
mana perginya seorang dia yang dahulu?
siapakah yang telah merubah dia menjadi orang lain?
dia...kembalilah menjadi seperti dia yang dahulu.
kembalilah dia kepangkuan mereka-mereka yang ikhlas menyanyangimu.

dia...lupakan kekecewaan itu.
dia...tebuslah kekecewaan itu dengan kejayaan yang lebih besar.
dia...berhentilah menangis.
dia...berhentilah bersedih.
dia...gapailah kejayaan dan kebahagiaan itu dengan penuh keyakinan.
dia...sedarlah yang monyet itu bukanlah sesiapa
dia...kembalilah menjadi dia yang dahulu, yang penuh semangat dan cita-cita...!
dia...dia...dia...
berdoa dan bertawakkal lah, yakinlah Allah sentiasa ada untuk mu ;)


3 comments:

Nick Hariz said...

dia...memang ditakdirkan begitu
dia...sudah menjumpai jawapannya
dia...sedar akan siapa dirinya
dia...sudah melepaskan semua
yang pasti...hanya ikatan antara dia dan penciptanya
dia...memang keseorangan
hanya penciptanya yang menjadi peneman

norh said...

semoga dia kembali menjadi dia yang dahulu... :)

Diary Ilham Bonda said...

dia...mengharapkan cinta dan rahmat Pencipta nya...

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...