Punyalah ramai orang. Terbeliak biji mata menengoknya.
Apa2 aje dalam page ini
Thursday, June 26, 2014
Closing day Coway
Punyalah ramai orang. Terbeliak biji mata menengoknya.
Sunday, June 15, 2014
Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa.
Memang hakku untuk memilih menjadi luarbiasa,
Kini aku mencari-cari peluang, bukan perlindungan.
Rendah diri dan dipelihara oleh keadaan,
Aku hendak mengambil risiko yang terkira,
Untuk berimpian dan membina,
Untuk gagal dan berjaya.
Aku menyahut cabaran hidup daripada sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin.
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan,
Tidak juga maruahku hanya untuk hidup menerima,
Aku tidak akan tunduk pada sebarang “tuan” dan ancaman.
Bangga dan tidak kenal erti takut,
Untuk berfikir dan bertindak atas diri sendiri,
Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah kujayakan.
Menghadapi dunia ini dengan megah,
Lalu berkata “inilah yang telah kulakukan”,
Segalanya ini adalah ERTI SEORANG INSAN.
Nasihat dari ELBERT HUBBARD
Berjaya, celaka atau terpedaya?
Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidak ketèrlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war).
Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak mendaki, kita pasti sedang menurun.
Kata hukama "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."
Kita dalam golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya...
Saturday, June 14, 2014
Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.
* LIKE | SHARE saya DI SINI.
Syukur...Doa ku untuk mu
Monday, June 2, 2014
Israk Dan Mikraj
Add caption |
Saturday, May 31, 2014
Makanan untuk lelaki
Tomato dikenali sebagai makanan super sihat kerana manfaatnya untuk kesihatan. Tomato mengandungi lycopene yang membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal, kanser prostat, penyakit jantung, dan kolesterol yang menjadi penyakit paling kerap dihidapi oleh golongan lelaki.
Tiram kaya dengan zink yang penting untuk kesuburan dan kesihatan seksual lelaki. Zink mampu mempertahankan kadar testosteron sihat yang penting untuk menghasilkan sperma sihat.
Bijirin seperti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan sperma. Sementara biotin mampu menghindarkan risiko botak, masalah yang lazim menghantui lelaki.
Bawang putih memang diketahui bermanfaat untuk kesihatan jantung. Lelaki yang rajin mengambil bawang putih memiliki kolesterol yang rendah.
Ikan salmon kaya dengan protin dan lemak omega 3 yang mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser prostat dan kemurungan.
Pakar kesihatan mengatakan bahawa blueberry mengandungi proanthocyanidins yang mampu menurunkan risiko kanser prostat. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2, serta penurunan ingatan apabila usia senja.
Brokoli adalah sayuran yang baik untuk melawan kanser sebab kandungan sulphoraphane yang tinggi mampu mengurangkan risiko lelaki terkena kanser prostat dan kanser kolorektal.
Bagi lelaki yang ingin menghindari kebotakan, amalkan pengambilan telur kerana ia mengandungi protein yang baik untuk kesihatan rambut.
Jus delima membantu lelaki menurunkan kadar kolesterol dan mencegah hipertensi berikutan kandungan vitamin, anti oksida dan mineral di dalamnya.
Friday, May 30, 2014
Azab meninggalkan solat
Bismillah...
Subhanallah...
Maha suci Allah...
Sekadar perkongsian bersama kawan-kawan sekalian. Betapa beratnya azab meninggalkan solat...jom kawan-kawan mari kita menjaga solat fardhu dan menunaikannya diawal waktu serta istiqamah menunaikan solat sunat...sayang kamu semua...
Saturday, May 24, 2014
Tuhan berikan aku cinta
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang...
dan bukan siapa dia sebelumnya...
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati...
Relakan jiwa...
Ku relakan jiwa...
Walaupun payah...
Andai itu yang terbaik untuk ku...
Pasrah...
Dalam redha...
Princess diary 240514
Hari ini rehat sambil memanjakan diri, sambil nonton cerita korea 'the sun embrace the moon'...huhuu betul ke tajuk & ejaan tu? Sebenarnya cerita ni ada tersimpan dalam koleksi saya dah lama cuma tak sempat nak tengok dengan bersunguh-sungguhnya je...ni pun nasib baik ditayangkan di tv8. Dah alang-alang tengok di tv...lepas ni habisla...sambung tengok di laptop pulak kasi habiskan episod dalam cerita ni.
Wednesday, May 21, 2014
Princess diary 21st mei
Bismillahirrohmaanirrohim...
Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah SWT kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat yang diberikan Allah SWT kepada ku hari ini. Tidak terhitung syukur ku kepada Mu Ya Rabbi...
Walaupun dah hampir 2 minggu aku batuk, sakit tekak dan demam namun aku tetap bersyukur... sakit yang sedikit ini tidak mampu menandingin nikmat-nikmat lain yang telah Engkau berikan kepada ku. Syukur...
Aku masih kuat untuk bertahan. Walaupun dah hampir 2 minggu aku demam & tak juga sembuh sepenuhnya, namun aku masih mampu untuk bekerja. Mengenangkan kerja yang nak kena settle masih banyak atas meja aku tu, aku tak sampai hati nak mc lama-lama. Takut nanti akan menyusahkan rakan-rakan opis yang lain. 1 hari je aku mc.
Buat kerja dalam keadaan diri tak berapa sihat ni bukannya best manapun. Ikutkan hati ni tidur lagi best. Tapi kalau demam sorang-sorang kat rumah pun tak best juga...so aku masuk opis lah, ramai kawan-kawan kat opis boleh aku tenung muka dorang-dorang tu... Mana tahu lepas tenung muka depa tu demam aku yang dah nak masuk 2 minggu ni boleh baik...hihiiii...tak mustahil kan...kalau Allah izin.
Apa pun aku mohon pada Allah SWT supaya Dia memberikan aku kesihatan serta memudahkan segala urusan aku pada hari ini, hari esok dan hari-hari seterusnya...amin.
Harapnya kawan-kawan diluar sana pun sama-sama doakan saya semoga cepat sembuh yer...
*entri merapu meraban sbb nak hilangkan ngantukk...
Sunday, May 18, 2014
Persoalan hidup dan mati
Persoalan hidup dan mati 2 perkara yang tidak menjadi pertikaian manusia kerana kita dapat melihat sendiri kematian ahli keluarga, sahabat handai dan yakin bahawa kita tidak boleh melepaskan diri daripada kematian.
Pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimana manusia boleh dihidupkan kembali dan akan dihisab?
Pada hakikatnya, Allah SWT menghidupkan kembali manusia bukan lah sesuatu yang pelik dari sudut pemikiran, mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud seperti seorang manusia mampu dilakukan oleh Allah SWT, apalah sangat di sisi Allah menghidupkan sesuatu yang sudah ada.
Manusia begitu gembira dan seronok berbicara soal kehidupan dan akan mengelak daripada berbicara soal kematian. Ini adalah sesuatu yang didedahkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya...
Jadikan kehidupan sebagai wadah, kehidupan ini bermula daripada Allah dan berakhir kepada Allah, oleh itu kita wajar menjadikan kehidupan sebagai wadah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Menjadi satu hikmh besar kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian supaya sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah SWT dengan membawa bekalan amal yang secukupnya.
Bagi mukmin yang memahami hakikat mereka akan kembali kepada Allah SWT, pasti akan membetulkan jalan hidup dengan mengikut manhaj al-Quran. Mereka akan memahami matlamat kehidupan sebenar seperti mencari rezeki halal dan membina kehidupan keluarga bersyariat.
Sekurang-kurangnya ada 3 perkara yang harus kita renungkan waktu di dunia ini.
Pertama, bagaimana cara terbaik kita boleh bahagia dan dapat memberi sumbangan kepada orang lain.
Kedua, apakah perasaan isteri, suami, anak, keluarga dan rakan taulan selepas ketiadaan kita.
Ketiga, berapa banyak amalan soleh yang kita bawa untuk bertemu Allah SWT.
Sudah tentu setiap daripada kita jika sentiasa berfikiran begitu akan berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup ini.
Jika kita seorang pekerja, sudah tentu kita bekerja dengan tekun dan amanah. Jika kita seorang suami, kita pasti berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyanyang. Jika kita seorang pemimpin, sudah tentu kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua rakyat....
Syukurilah nikmat Allah SWT sebelum kita dipanggil pulang...
Mengingkari Allah SWT setelah menyaksikan sendiri dalil yang jelas serta menerima pelbagai nikmat-Nya adalah kekufuran yang amat buruk dan keji. Antara pendekatan al-Quran supaya manusia beriman kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Nabi serta Rasul ialah dengan mengingatkan mereka perkara yang dekat dengan mereka.
Allah SWT menjelaskan antara tanda kebesaran-Nya yang sememangnya cukup mudah difahami ialah penciptaan mereka sehinggalah kepada kematian mereka. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk paling baik dan melebihkan mereka dengan mengurniakan akal, pengetahuan dan pemahaman.
Kenyataan di mana kita masih boleh bernafas dan hidup sekarang sebenarnya dalil yang kuat menunjukkan adanya Allah SWT. Hidup ini yang berakhir dengan kematian juga adalah dalil kewujudan Allah SWT yang menentukan kematian itu.
Sunday, May 4, 2014
Status Syahid
Hanya Allah SWT sahaja yang nengetahui dalam kalangan hamba-Nya yang mana layak mendapat status mati syahid.
KATEGORI MATI SYAHID
1. Syahid dunia dan akhirat.
2. Syahid dunia.
3. Syahid akhirat.
6 KEISTIMEWAAN SYAHID
1. Di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu bermula pada titisan darahnya yang pertama dalam medan perang.
2. Dapat melihat tempatnya di dalam syurga.
3. Di selamatkan daripada azab kubur dan diberi keamanan daripada suasana huru hara kiamat.
4. Di pakaikan di kepalanya mahkota yang di perbuat daripada emas dan permata, iaitu permata yang terbaik daripada apa yang ada di dunia dan seisinya.
5. Dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga.
6. Diberi peluang memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya.
Hidup dan matinya seseorang manusia itu adalah tertakluk secara mutlak kepada kehendak (iradah) dan kuasa (qudrah) Allah SWT. Tujuan Allah menjadikan adanya kehidupan dan kematian bagi seseorang manusia adalah untuk menguji, siapakah dalam kalangan hamba-Nya itu yang benar-benar beriman dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal soleh bagi memperoleh reda Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk: 2).
Sebagaimana awal kita hidup iaitu ia tertakluk secara mutlak kepada kehendak dan kuasa Allah, begitulah juga apabila kita menghadapi saat kematian. Tiada siapa tahu bila seseorang itu akan lahir dan bagaimana keadaan dia lahir, begitu juga tiada siapa yang tahu bagaimana seseorang itu akan mati dan bagaimana keadaan dia mati.
Namun bagi orang yang beriman, kita percaya dan yakin kepada arahan Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 102 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati, melainkan dalam keadaan Islam.
Walaupun kita tidak mengetahui bagaimana keadaan kematian kita, namun kita wajib berusaha memastikan bahawa berakhirnya hidup kita di dunia ini dalam keadaan taat perintah Allah SWT . Kita dituntut untuk mempertahankan iman dan agama Islam.
Abu Hurairah berkata: "Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mati, tetapi dia tidak pernah berjuang mempertahankan agama Islam dan tidak pernah terlintas dalam hatinya cita-cita untuk berjuang mempertahankan Islam, maka orang itu mati dalam salah satu kategori orang munafik." (Riwayat Abu Daud).
Individu yang memperoleh status mati syahid, mendapat keistimewaan di sisi Allah SWT. Mati syahid merupakan antara kurniaan terbesar yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih.
Status individu yang memperoleh mati syahid tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa sahaja. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui, siapa dalam kalangan hamba-Nya yang benar-benar layak mendapat status mati syahid.
SYAHID DUNIA AKHIRAT
Individu yang mati dalam medan perang mempertahankan agama Islam, dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, individu tersebut dikategorikan sebagai syahid dunia dan akhirat. Abu Musa al-Asy'ari melaporkan, ada seorang lelaki bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan bertanya bagi mendapatkan kepastian.
Ada seorang lelaki, pergi berperang dengan tujuan untuk mendapatkan harta rampasan perang. Ada pula lelaki yang pergi berperang kerana hendak namanya disanjung. Ada pula lelaki yang pergi berperang kerana hendak menunjuk-nunjuk kedudukannya. Siapa dalam kalangan mereka yang benar-benar berjuang mempertahankan agama Allah? Baginda menjelaskan, sesiapa yang berperang dengan niat untuk mendaulatkan agama Allah, maka orang itulah yang benar-benar berjuang mempertahankan agama Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Individu yang mati syahid dunia dan akhirat, memperoleh pahala yang besar dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT iaitu kedudukan yang tidak sama dengan individu yang hanya memperoleh syahid akhirat. (Rujuk Ali Imran: 169).
SYAHID DUNIA
Individu yang mati dalam medan perang mempertahankan agama Islam, tetapi niatnya bukan semata-mata kerana Allah, contohnya dia berperang untuk mendapatkan harta rampasan perang, menunjuk-nunjuk, berjuang kerana fanatik kepada kaumnya atau tujuan-tujuan keduniaan yang lain. Orang ini walaupun secara zahirnya dia diurus sebagai seorang syahid dalam medan perang iaitu tidak dimandikan, dikafankan dengan pakaiannya, tidak disembahyangkan, tetapi di akhirat nanti terpulanglah kepada Allah SWT yang mengetahui niat dan tujuan seseorang hamba-Nya dan memberi balasan yang sewajarnya.
SYAHID AKHIRAT
Terdapat individu yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah, cara individu itu meninggal dunia dikurniakan status syahid, namun individu itu tidak mati dalam medan perang. Individu ini diuruskan jenazahnya seperti individu lain yang meninggal dunia iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan.
Imam al-Suyuti, seorang ulama bermazhab Syafie menulis sebuah buku khas yang menerangkan tentang golongan yang memperoleh status mati syahid, iaitu buku yang bertajuk Abwab al-sa'adah fi asbab al-syahadah.
Dalam buku tersebut dianalisa terdapat lebih daripada 36 sebab, seseorang itu memperoleh status mati syahid.
Antara jenis kematian yang mendapat status syahid akhirat ialah:
1. Penghidap taun, penghidap penyakit dalam perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati ditimpa bangunan.
Abu Hurairah melaporkan: Nabi Muhammad SAW bersabda:
Ada lima orang yang dikategori mati syahid: Penghidap taun, penghidap penyakit dalam perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati ditimpa bangunan dan orang yang mati syahid dalam medan peperangan mempertahankan agama Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak.
Seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak daripada pernikahan yang sah, wanita itu memperoleh status syahid akhirat. Berkata 'Ubadah bin Somit: "Nabi pernah bertanya, 'Adakah kamu tahu, siapa yang memperoleh status syahid dalam kalangan umatku?'
Nabi bersabda: "Sesungguhnya yang memperoleh status syahid dalam kalangan umatku...wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak beroleh status syahid..." (riwayat al-Albani dalam bukunya 'Ahkam al-jana'iz').
3. Orang yang mati dibunuh ketika mempertahankan hartanya.
Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya, Wahai Utusan Allah..pada pandangan tuan, apa yang perlu saya lakukan jika ada seseorang mahu merampas harta saya? Nabi Muhammad menjawab, saudara jangan berikan harta saudara kepadanya. Lelaki itu bertanya lagi, jika perompak itu mahu membunuh saya? Nabi menjawab, jika begitu, saudara perlu mempertahankan diri, walaupun terpaksa membunuhnya. Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula jika dia yang membunuh saya? Jawab nabi, saudara memperoleh pahala mati syahid. Lelaki itu bertanya lagi, apa pendapat tuan, jika saya membunuhnya. Jawab Nabi, dia di dalam api neraka. (Riwayat Muslim).
* sumber: felo fatwa.
Syahid tetapi dihumban ke neraka?
Berkata Abu Hurairah, saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari kiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dihadapkan di hadapan Allah, lalu Allah mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka dia pun kembali mengingatinya.
Kemudian Allah bertanya kepadanya, apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Aku berikan kepadamu itu? Dia menjawab, Nikmat itu telah aku gunakan untuk berperang kerana membela agama-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.
Allah berkata kepadanya, engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani. Dan memang itulah yang diniatkannya. Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka. (Riwayat Muslim).
Sementara itu, Jundub bin Abdullah melaporkan, Ada seorang tentera yang terluka dalam medan perang, lalu dia membunuh dirinya (agar dia segera mati dengan anggapan boleh mendapat status mati syahid). Lalu Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri, maka Aku haramkan syurga untuknya! (Riwayat Bukhari).
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, Allah memberi peluang kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk mendapat keistimewaan mati sebagai seorang syahid. Bukan hanya mati dalam medan perang mempertahankan agama Islam, namun seorang yang ikhlas niatnya memohon untuk mendapatkan status syahid, kemudian dia mati kerana beberapa sebab yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi, maka orang itu memperoleh keistimewaan syahid akhirat, iaitu ia menjadi penyebab, dosa seseorang itu diampunkan oleh Allah SWT dan digandakan pahala (Fath al-Bari, jil. 6, hlm. 44).
Oleh itu, setiap hamba Allah SWT yang mengharapkan untuk memperoleh mati syahid; sama ada syahid dunia akhirat atau syahid akhirat, perlu mengikhlaskan doa untuk memperolehnya serta reda terhadap segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT di saat akhir kehidupannya.
Tenang hati tanda iman
Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa ketenangan itu telah bertapak dalam hati? Adakah ciri-ciri tertentu yang menunjukkan ketenangan yang kita cari itu telah kita kecapi dan mengapakah kita merasakan ada sesuatu di dalam hati tetapi dalam masa yang sama kita tidak tahu apa dia. Adakah itu bermakna, kita perlu lagi pertingkatkan ilmu dan perkukuhkan keimanan?
Ketenangan hati adalah sebahagian tanda keimanan. Ini kerana insan yang benar-benar mempunyai iman tahu tentang rahmat Ilahi. Insan itu bersedia dengan iman dan amalan soleh untuk kematian yang pasti datang bila-bila masa. Maka kehidupannya ini tidak lari daripada ketetapan Allah SWT agar mendapat redha Ilahi.
Sebaliknya, jika iman kita tidak kuat, maka kita biasanya hidup dalam kebimbangan. Persediaan untuk mati tidak ada, amalan soleh pun tidak cukup atau cukup-cukup makan, dosa dan zalim terhadap insan yang lain masih banyak dan sebagainya.
Oleh itu, nas al-Quran menyebut tentang hati yang tenang. Antara caranya:
1. Berzikir kepada Allah SWT. Maka antara tanda ketenangan hati ialah banyak berzikir kepada-Nya.
2. Selain itu, kesukaan kita kepada amal ibadat khusus (contohnya, solat..membaca al-Quran) juga adalah petanda ketenangan hati. Sebaliknya insan yang banyak melakukan dosa amat malas untuk melakukan ibadat khusus.
3. Kita juga akan rasa bersalah apabila melakukan dosa terhadap orang lain. Selagi mana kita tidak memohon ampun, maka kita akan dibelenggu rasa bersalah.
Oleh itu, marilah kita berusaha meningkatkan keimanan dan berzikir kepada Allah SWT.
* Amalan berzikir akan membawa ketenangan.
Saturday, May 3, 2014
Pengat labu dan jagung.
Bahan-bahan:
● 900 ml santan
● 450 gm labu - potong sederhana besar
● 100 gm isi jagung dalam tin
● 2-3 sudu makan sagu biji
● 250 gm gula (boleh dikurangkan ikut cita rasa sendiri)
● 80 gm gula melaka atau gula merah secukup rasa garam
● 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuatnya:
1. Masak santan, sagu biji, gula, garam dan daun pandan. Masak sehingga kuah mendidih.
2. Masukkan pula labu dan biarkan labu empuk. Kacau rata dan masukkan jagung dan masak sebentar. Hidangkan ketika panas atau setelah disejukkan dalam peti ais.
Kehebatan Al-Quran tidak boleh ditandingi.
Al-Quran adalah kalam agung yang tidak perlu dipertikaikan kehebatan lafaz dan isi kandungannya. Bahkan sasterawan Arab yang tersohor akan tersungkur dan mengalah tatkala berdepan dengan keajaiban lafaz Al-Quran.
Inilah dalil bahawa Al-Quran bukan daripada rekaan manusia bernama Saidina Muhammad SAW seperti di dakwa kaum Yahudi pada saat Baginda membawa risalah kenabian yang agung itu. Sebaliknya, ia secara langsung daripada lohmahfuz dan diturunkan secara beransur-ansur.
Perbezaan Al-Quran dengan kitab lain.
Inilah perbezaan besar antarà Al-Quran berbanding kitab lain. Daripada Jabir bin Abdillah, katanya "Rasulullah SAW tatkala Baginda berkhutbah, maka akan merahlah mata Bagindà, tinggi suara Baginda dan kelihatan ketegasan terpancar daripada raut wajah Baginda sehingga Baginda seolah-olah seperti panglima tentera yang sedang berkata: Pagi-pagi dan petang-petang kamu semua. Dan Baginda bersabda seterusnya: Sesungguhnya sebaik-baik cerita ialah kitab Allah SWT dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-rekà dan setiap bidaah itu adalah sesat. Kemudian Baginda bersabda: Aku adalah lebih utama daripada setiap diri orang Mukmin. Barang siapa yang meninggalkan harta maka dia adalah untuk ahlinya. Dan barang siapa yang meninggalkan agama dan keluarga, maka ia adalah kepadaku dan ke atasku." (Sahih Muslim)
Terpelihara daripada kesalahan
Dr Farouq Hamaadah dalam kitabnya Al-Sahih fi Fadhaiil al-Quran Wa Suurati Wa Aayaatihi menjelaskan, hadis ini menunjukkan kelebihan Al-Quran sebagai kalam yang terpelihara daripada sebarang kesalahan.
Setiap kandungan Al-Quran dijaga dan dipelihara rapi oleh Allah SWT tidak seperti kitab agama yang lain yang ditokok tambah oleh manusia demi kepentingan mereka. Oleh itu, siapa yang mengambil Al-Quran sebagai jalan hidupnya, nescaya kata-katanya adalah kebenaran dan hidupnya di atas kebaikan serta beroleh petunjuk.
☆Sumber: Ensiklopedia Al-Quran.
Ujian dari sudut pandangan manusia.
Ujian kesusahan dialami oleh semua manusia, tetapi bagi yang beriman dan yakin kepada Allah SWT, kepada hikmah serta rahmat-Nya, kesusahan itu merapatkan lagi dirinya dengan Allah SWT, dapat menambahkan pengharapan dan rasa cinta kepada Allah SWT.
Bagi yang fasik dan sememangnya sudah jauh daripada Allah SWT, kesusahan itu menggoncang hatinya, menambahkan jaraknya daripada Allah SWT.
Begitu juga ujian kesenangan bagi yang beriman, kesenangan itu menambahkan lagi kesedaran dan kesyukuran. Bagi orang fasik dan munafik, kesenangan itu menjadikan mereka semakin angkuh dan sesat...
♡ Ujian diterjemah dengan pandangan berbeza mengikut tahap keimanan. Ujian kesusahan dialami oleh semua manusia tetapi bagi yang beriman kesusahan merapatkan dirinya dengan Allah SWT...♡
Tuesday, April 29, 2014
Lihat diri rasa syukur nikmat ilahi...
Bersyukur kepada Allah SWT ialah tanda pertama hikmah. Sesiapa yang bersyukur kepada Allah SWT bermakna dia bersyukur untuk dirinya. Bermula daripada kelahiran, maka nikmat Allah SWT yang tidak boleh dihitung terus-menerus dianugerahkan kepada manusia dalam segala segi.
Bumi tempat tinggal manusia. Kesihatan, makanan, tempat tinggal, pasangan, udara, matahari, ilmu, bakat, kepakaran, harta, zuriat, haiwan ternakan, emas, perak, ladang dan sebagainya. Bumi yang menjadi tempat tinggal manusia dijadikan Allah SWT sebagai tempat kediaman yang sesuai lagi menenangkan jiwa.
Bulan yang menyinari waktu malam memberi cahaya serta panduan hitungan musim dan kalendar. Graviti yang ditakdirkan ke atas bumi sangat sesuai untuk kehidupan manusia dan makhluk lainnya. Bijiran dan makanan dikeluarkan tumbuhan selepas siraman air hujan yang turun sepanjang tahun.
Perhatikan pula seluruh haiwan, besar atau kecilnya dipermudahkan untuk kegunaan manusia. Ini nikmat kurniaan yang besar kepada manusia. Gajah yang besar tunduk kepada manusia, apatah lagi binatang ternak yang memenuhi padang rumput dengan mudah di kawal manusia.
Nikmat Allah kepada manusia. Kuda ditunggangi untuk perjalanan dan peperangan. Unta menyeberangi padang pasir dengan penuh kesabaran. Anjing mengikut perintah tuannya. Ayam itik menjadi makanan harian manusia. Ini sebahagian nikmat Allah SWT untuk manusia.
Apabila manusia merenungi dirinya pula maka timbul rasa kesyukuran yang sangat tinggi terhadap setiap anggota dan pancaindera kurniaan Ilahi. Merenungi anatomi mata manusia yang begitu kompleks, deria dan fungsi setiap komponen serta saraf yang berkaitan dengan penglihatan, meninggalkan rasa kagum yang tidak berkesudahan ke atas nikmat kurniaan Ilahi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7).
Huzaifah perisik handal, teguh simpan rahsia.
Jika kamu ingin digolongkan sebagai kaum Muhajirin, kamu memang muhajir (orang yang berhijrah), jika ingin digolongkan kaum Ansar, kamu memang seorang Ansar. Pilihlah mana yang kamu sukai.
Itulah kalimah diucapkan Rasulullah SAW kepada Huzaifah ibnul Yaman ketika pertama kali bertemu muka dengan Baginda di Makkah. Ini kerana bapanya Al-Yaman berasal dari Makkah, manakala ibunya dari Suku Asyhal di Madinah.
Rasulullah SAW menilai dalam peribadi Huzaifah ibnul Yaman terdapat tiga keistimewaan iaitu beliau seorang yang cerdas, cepat tanggap dan cermat serta teguh memegang rahsia sehingga tiada siapa dapat mengorek keterangan daripadanya.
Kesukaran berdepan muslihat jahat. Kesukaran terbesar dihadapi kaum Muslimin di Madinah ialah kehadiran kaum Yahudi munafik dan sekutunya yang selalu membuat muslihat jahat terhadap Rasulullah SAW. Baginda menaruh kepercayaan kepada Huzaifah dengan memberi nama orang munafik kepadanya.
Itulah rahsia yang tidak pernah bocor kepada sesiapa pun hingga sekarang, baik sahabat atau sesiapa saja. Huzaifah juga pernah dilantik oleh Rasulullah SAW melakukan tugas bahaya sebagai perisik ketika Perang Khandak.
Angin taufan didatangkan Allah SWT yang sangat dahsyat ketika Perang Khandak menjadi ujian untuk kedua-dua pasukan. Oleh itu, pihak yang kalah akan dulu mengeluh, manakala yang mampu menguasai diri dapat bertahan.
Huzaifah diperintahkan ke khemah musuh untuk mendapatkan maklumat dan dengan kecerdasan, ketangkasan serta disiplin tinggi dimilikinya, tugas itu dilakukan beliau sebaiknya walaupun menyedari bahaya dihadapi.
Berdasarkan risikannya, jelas pihak musuh gagal berdepan dugaan taufan yang mencabar lalu ketua Quraisy, Abu Sufyan memerintahkan tenteranya beredar dari medan perang. Khabar itu diberitakan kepada Rasulullah SAW dan Baginda gembira mendengarnya.
Teguh simpan rahsia. Huzaifah teguh menyimpan rahsia nama orang munafik yang diamanahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW. Ketika pemerintahan Umar al-Khattab, jika ada orang Islam meninggal dunia, Umar akan bertanya sama ada Huzaifah turut solat jenazah, Umar akan turut serta. Andai Huzaifah tidak menyertai solat jenazah, Umar juga enggan solat.
Ketika beliau sakit kuat menjelang ajalnya, Huzaifah meminta sahabat tidak menyediakan kain kapan yang mahal dan beliau berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku lebih suka fakir daripada kaya, aku lebih suka sederhana daripada mewah dan aku lebih suka mati daripada hidup." Selepas membaca doa itu, rohnya meninggalkan jasad.
* Ringkasan daripada cerita Pahlawan Syurga.
Thursday, April 24, 2014
Peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
8. Nabi Isa diangkat ke langit.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulitnya.
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
12. Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah SWT kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah SWT menciptakan alam.
15. Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan.
17. Allah SWT menjadikan Arasy.
18. Allah SWT menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah SWT menjadikan alam.
20. Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.
Wednesday, April 23, 2014
Boleh berdusta dalam 3 perkara
DARIPADA Ummi Kulsum binti 'Uqbah bin Abu Mu'ait RA katanya:
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda 'bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik'." (Riwayat Muttafaqun A'laih)
Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata:
"Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam tiga keadaan, peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya, seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu."
Huraiannya:
Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.
Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:
1. Maslahah perang.
2. Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
3. Menjaga hubungan antara suami isteri.
*Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari JAKIM.
Antara amalan yang digalakkan dibuat:
2. Mengaminkan bacaan imam dalam solat.
3. Menunaikan solat Dhuha.
4. Melaksanakan puasa sunat.
5. Bersedekah susu, seutas tali, sebotol air atau benda-benda lain.
6. Memberi minuman kepada binatang.
7. Membaca al-Quran.
8. Membaca tasbih, tahmid, tahlil, istighfar.
9. Menghadiri majlis zikir dan ilmu.
10. Membaca doa.
11. Mendoakan sesama muslim.
12. Menziarahi orang sakit.
13. Mengunjungi saudara sesama Muslim.
14. Mengiringi jenazah.
15. Mendoakan orang yang bersin.
16. Mengucapkan takziah.
17. Memulakan dan menjawab salam.
18. Berjabat tangan.
19. Memberi layanan baik kepada orang lain.
20. Bersikap mudah dalam membayar dan menagih hutang.
21. Membebaskan baki pembayaran hutang.
22. Berterima kasih kepada orang lain.
23. Menyingkirkan kotoran di masjid, waima apa-apa gangguan di atas jalan raya.